Maklumat
Terma Perkhidmatan
Terma untuk pembelian produk digital dan servis AK Creative. Kemas kini terakhir: 17 Oktober 2026.
1. Harga
Semua harga dipaparkan dalam Ringgit Malaysia (RM). Harga akhir, ketersediaan dan arahan pembayaran disahkan secara manual melalui WhatsApp sebelum pembayaran.
2. Tempahan & pembayaran
Tempahan dianggap sah selepas kami mengesahkannya dan pembayaran diterima. Kami tidak menerima butiran kad melalui laman web ini.
3. Produk pra-tempahan
Produk berlabel “Pra-tempahan” atau “Dalam produksi” belum siap sepenuhnya. Komponen yang dilabel “Sedia” telah siap; komponen lain dihantar apabila siap. Anggaran tarikh penghantaran dimaklumkan semasa pengesahan tempahan.
4. Penghantaran produk digital
Produk digital dihantar secara manual (contohnya pautan Canva atau fail) selepas pembayaran disahkan.
5. Lesen penggunaan
- Pembeli boleh menggunakan dan mengedit templat untuk perniagaan atau pemasaran sendiri.
- Templat, fail sumber dan kandungan tidak boleh dijual semula, dikongsi, diedarkan atau ditawarkan sebagai templat kepada pihak lain.
- Pembeli bertanggungjawab memastikan gambar, nama klien, testimoni dan dakwaan yang dimasukkan ke dalam templat adalah tepat dan mendapat kebenaran yang perlu.
6. Pemulangan
Disebabkan sifat produk digital, bayaran tidak dipulangkan selepas fail atau akses dihantar, kecuali fail rosak atau berbeza secara material daripada penerangan. Untuk pra-tempahan, jika kami tidak dapat menghantar produk, bayaran akan dipulangkan.
7. Projek laman web
Skop, jadual, bilangan semakan dan bayaran bagi projek laman web dipersetujui secara bertulis sebelum kerja bermula. Domain dan hosting tidak termasuk kecuali dinyatakan.
8. Had liabiliti
Produk dan servis disediakan untuk membantu pemasaran anda. Kami tidak menjamin hasil jualan, bilangan prospek atau prestasi tertentu.
9. Hubungi
Soalan tentang terma ini boleh diajukan melalui halaman hubungi.